Ahad, 29 September 2013

Ho Chin Min City/Saigon

Aktiviti melancong dan shopping untuk tahun 2013 diteruskan dengan trip ke Ho Chin Min City atau Saigon dengan 3 orang rakan lagi pada 10 hingga 14 September 2013. Pada mulanya trip ini diorganize untuk ahli-ahli persatuan Wanita (PEWANI) UiTM Perlis tetapi memandangkan tiada sambutan, saya mengajak rakan yang telah ke sana untuk menjadi pemandu pelancong saya. Tapi lepas tu, ada lagi 2 rakan nak ikut serta.




Aktiviti kami sebaik saja sampai dan hingga malam sebelum balik, apa lagi;shopping, shopping, shopping, kecuali hari ke dua kami berada di sana. Kami join group pergi menyusuri sungai Mekong yang terkenal tu. Nasihat saya kalau dah biasa dengan kehidupan tepi sungai atau kampung, tak payah pergi pun tak apa trip ni. Dengan kos USD 16 atau RM 50 lebih, baik guna untuk lain-lain, beli barang atau makan. Sepanjang sungai Mekong tu, kita orang singgah la tengok orang buat candy kelapa, buat bepang dan tempat menternak lebah sambil minum teh campur madu lebah. Di satu tempat lagi kami dijamu makan buah-buah tempatan; rambutan, longan dan jambu batu - buah macam di Malaysia juga la. Tapi rambutan di Vietnam yang kami jumpa ni kecik-kecik dan tak banyak bulu - macam orang-orangnya juga! Sambil makan buah-buah kami dihiburkan dengan pertunjukan nyayian dan sketsa la agaknya - dalam bahasa Vietnam














Sebut pasal makan ni, makanan halal banyak dekat area hotel kami menginap tapi harga boleh tahan juga la, maggi /nasi goreng harga macam makan di hotel di Malaysia RM 14- 17. Kalau nak murah mungkin kat gerai halal di depan hotel, tapi tak berani nak makan takut sakit perut la pula makan street food. Ni antara kedai makan: