Selasa, 29 April 2014

Ho Chi Min, Oh Ho Chi Min

HO CHI MIN CITY LAGI

Kalau dah terkena penangan shopping di Saigon @ Ho Chi Min City, inilah akibatnya.
Second trip diatur pada mulanya dengan suami je, tapi buat juga offer kepada kawan-kawan yang kaki berjalan dan kaki shopping.

Akhirnya rombongan seramai 7 orang bertolak dari LCCT pada 14 April 2014 dengan penerbangan Airasia pada jam 2.25 petang. Kami sampai di hotel yang ditempah pada jam 5 petang Malaysian time.

Selesai check-in dan rehat sebentar, kami terus ke Pasar malam, untuk kawan-kawan yang first time pi buat survey dulu apa barang yang ada di HCMC ni


 
Dah letih jalan-jalan di pasar malam, time for makan. This time around bawa kawan-kawan try kedai Sri Pinang, Saigon pula

 
Hari-hari berikutnya, aktiviti apa lagi, kalau bukan shopping


 
Selain dari shopping nak juga bawa kawan-kawan melawat tempat-tempat bersejarah di HCMC seperti Muzium Perang dan Istana Kemerdekaan





 
Dalam keseronokan dan keterujaan dapat beli barang-barang dengan harga murah, ada juga terbeli yang sangat mahal. Terperangkap dengan taktik menipu pelancong oleh orang Vietnam, terpaksa membayar RM 17 untuk sebiji kelapa. Cara mereka/penjual kelapa muda yang guna pengandar: Offer tunjuk jalan, beri peluang kepada pelancong untuk ambil gambar dengan mengandar kelapa, lepas tu offer kelapa muda. Kita ingat sebab dia baik dengan kita, dia beri percuma. Tapi dia minta 1 Dong, ingat seribu tapi rupa-rupanya seratus ribu. So hati-hati ya dengan taktik ni.