Rabu, 13 Mei 2015

Trip to Krabi 1-3 Mei 2015 (Part 1)

Agak lama tak kemaskini laman ni sebab banyak di FB dan WA.
Kali ni nak kongsi pengalaman trip ke Krabi secara konvoi dengan kereta dari Wang Kelian.

Kami 4 keluarga bertolak dengan 4 buah kereta dari rumah masing-masing sekitar jam 7.15 pagi untuk sampai ke Wang Kelian pada jam 8.00 pagi (anggaran perjalanan dari Kangar/Arau ke Wang Kelian memakan masa 45 minit). Kira-kira 1 km lagi menuju ke check-point imegresen Thailand, saya dan suami dah nampak que kereta yang panjang. Setelah sampai ke satu kawasan yang nampak banyak kereta-kereta sudah parking, suami menurunkan saya untuk urusan 'chop' pasport dan clearance kereta sementara dia mencari tempat untuk parking kereta. Saya dan ahli-ahli rombongan terpaksa 'join' yang lain yang telah beratur terlebih dahulu, ada yang dah beratur mulai 7.30 pagi. Walau pun 3 lorong dibuka untuk 'chop' pasport, kami terpaksa beratur selama 1 jam, barulah dapat 'clear' pasport. Ini adalah kerana ada kumpulan 'uncivilised Malaysian' yang potong que sesuka hati, mementingkan diri sendiri dari bersimpati dengan orang lain yang terlebih dahulu beratur menunggu giliran secara berdisiplin.


Selesai urusan clearance paspot, urusan seterusnya ialah untuk check-in dan clearance kereta pula. Sebelum proses ni, kami semua dah sedia membeli insurance ke Thailand untuk tempoh 1 minggu. Kos untuk ini ialah RM 20. Disebabkan ramainya orang yang nak cross dengan kenderaan masing-masing termasuk konvoi motosikal berkuasa tinggi, urusan clearance kereta memakan masa lagi 1 jam, so dah 2 jam kami di check point imigresen Thailand, masih tak dapat memulakan perjalanan lagi.

Setelah semua settle, saya terpaksa mengunjungi bilik kecil kerana sudah tak tahan, lagi pun memandangkan perjalanan kami yang agak jauh dan tak pasti akan berjumpa tandas di mana, lebih baik bersiap sedia. Selepas selesai urusan, saya dan suami ke kereta dan memulakan perjalanan tetapi ahli rombongan saya yang 3 kereta lagi sudah tidak kelihatan. Sah, mereka telah meninggalkan kami di belakang kerana mungkin menyangka kami sudah ke hadapan dari mereka. Dengan GPS yang telah diset destinasi Krabi, suami memandu hingga ke Wang Prachan, tapi belum nampak kelibat mereka. Kami teruskan hingga selepas simpang ke Satun barulah nampak 3 buah kereta ahli rombongan kami. Memang betul tekaan saya dan suami, kawan-kawan ahli rombongan kami ingat kami dah ke depan, al maklumlah kereta kami lebih baru dan lebih canggih dengan kuasa pun boleh tahan. (ini dapat disahkan bila kami berhenti untuk ke tandas sebelum meneruskan perjalanan)

Kami melepasi pekan Trang sekitar jam 1 tengahari lebih. Di situ kami agar confuse sikit bila nak belok dan arah mana nak belok sebab GPS memberi arahan yang bertentangan (suara arahan lain, peta tunjuk lain). Walau bagaimana pun, kami dapat juga jalan yang betul untuk meneruskan perjalanan ke Krabi hingga ke satu pekan kecil yang ada kedai-kedai makanan tertulis 'halal', kami berhenti untuk mengisi perut-perut yang sudah terasa lapar. Walau pun menu makanan di kedai yang kami kunjungi tidak berapa mengujakan sangat, kami gagahi juga untuk makan sekadar alas perut supaya yang gastrik tak sakit kepala dan kanak-kanak tidak kelaparan. Harga yang dikenakan ke atas kami pula tak setimpal dengan kuantiti dan kesedapan makanan. Redha je la

Setelah 5 jam memandu, kami akhirnya sampai ke hotel tempat penginapan kami ang telah dibook sejak awal lagi; Krabi Cozy Place. Selesai urusan check-in (dengan bayaran tambahan kerana ada kanak-kanak besar di dalam rombongan kami), kami masuk ke bilik masing-masing untuk rehat sementara menunggu acara malam.

Pada sebelah malamnya, ahli rombongan kami berpecah kepada 2 kumpulan; satu kumpulan ke pantai Ao Nang untuk mencari boat untuk acara island hopping pada keesokan hari dan satu ke pasar malam yang tidak jauh dari hotel penginapan kami. Saya dan suami memilih untuk ke pasar malam sebab tidak arif bab mencari boat.


Acara kemuncak untuk ramai yang ke Krabi ialah island hopping, di mana kita boleh pilih samada nak pergi 4, 5 atau 7 pulau-pulau sekitar pantai Ao Nang. Dari tempat menginap di bandar Krabi, kami berkonvoi kereta ke pantai Ao Nang yang jauhnya lebih kurang 20 km. Sesampai kami di pantai Ao Nang, kami lihat deretan kereta parking sepanjang jalan menuju ke pantai dan bersebelahan pantai. Begitu banyak juga kereta yang mempunyai nombor plet Malaysia. Menepati masa yang dijanjikan kami menaiki sampan panjang (long boat) dengan bayaran 4000 Bhat untuk acara kami pada hari ke dua trip kami